A ply of tissue, 
When it is soaked in the water, 
It is still the same. 

But when the water dried out, 
It tears apart. 

:)





Hari ini. 27 Oktober 2012. Patut jadi hari kurang gembira bagi aku. Kerana hari ini aku perlu pulang ke kolej semula. Pulang ke kolej adalah sesuatu yang amat berat bagi aku. Bayangkan, sudah lah kita bergembira di kampung tiba-tiba terpaksa pulang semula ke kolej demi meneruskan hari-hari biasa sebagai seorang pelajar. Bila lihat umur aku, tahun depan akan cecah 20 tahun. Tiada lagi 'teen' di hujung nombor lagi. Orang kata umur tidak memberi apa-apa. Tidak bagi aku. Kadang-kadang aku rasa aku macam sudah hidup lama. Dengan macam-macam yang telah aku lalui. Tetapi tidak. Aku salah kerana masih banyak lagi halangan hidup yang belum aku merasakan nikmatnya.

Hari ini. Aku gembira dengan sambal yang ibu masakkan. Sesiapa yang kenal aku pasti tahu betapa aku gilakan sambal. Aku selalu kata, 'Sambal itu asas kehidupan'. Dan aku cukup happy bila sesiapa yang dapat rasa sambal dari Melaka. Ibu tak pernah mengecewakan aku. Bila fikir kembali bila hendak serahkan sambal, aku bergegas macam orang masuk lewat ke pejabat hingga aku terlupa mahu makan sehingga sekarang waktu aku menaip post ini. Betapa gembiranya.

Hari ini. Di Stesyen Kerinchi, datang seorang lelaki remaja berbangsa India ; 

           "Can I use your hand phone for awhile?" 

Jadi aku mengiakan sahaja. Sebelum itu aku tanya, dia nak call siapa dan apa tujuan dia call. Aku bagi dia pinjam dan dia call girl friend dia / akak dia. Selang beberapa minit, perempuan yang dia call tadi call aku semula. Tetapi aku sudah teruskan perjalanan aku ke KL Sentral. Dia assume yang aku ini kawan yang berbangsa India tadi. Aku menidakkan. Aku ceritakan detailnya. Dia terus ucap terima kasih dalam bahasa inggeris. 

          "Thank you very much and I love you" 

Dari sini aku belajar, betapa pentingnya kita tolong orang walau sekecil mana pun. Kerana sesungguhnya, kita mampu gembirakan hati seseorang itu. Dan betapa pentingnya kita perlu ucap terima kasih bila terima sesuatu kebaikkan. Aku juga belajar, bila kita mendapat sesuatu yang kurang baik dari seseorang itu, kita hendaklah membalasnya dengan kebaikkan. Kerana itu yang diajar Allah.

Malah, bila kita mendapat keburukkan dari seseorang, bersabar perlu disematkan dalam diri dan maaf kan lah mereka dan lupakan. Kerana Islam itu mengajar kita untuk berbuat kebaikkan. Berbuat baik kepada orang yang kurang berbuat baik kepada kita itu akan mendapat keredhaan dari Allah. Sesungguhnya, apa sahaja yang berlaku itu qadak dan qadar dari Allah. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kadang-kadang, kita rasakan yang kita cukup kuat untuk teruskan hari-hari mendatang. Kadang-kadang kita rasa yang kita mampu berseorangan untuk melalui pahit manis kehidupan. 

Allah tunjukkan aku bermacam-macam perkara hari ini. Oleh sebab itu, aku rasa lebih bersemangat untuk merantau tidak kira kemana. Jauh kaki aku berjalan. Jauhlah perjalanan aku. Sebab aku mahu kutip satu-satu pengalaman yang bakal mendewasakan aku. Aku ke sini pun, aku bawa bekal roti dan dua jenis sambal. Tetapi belum makan. Entahlah, nanti-nanti lah. 

Aku sangat gembira.


Tetapi hebatnya Allah, dia mampu tukar semua perasaan gembira bertukar kepada sedih sesedihnya. Allah maha mengetahui terhadap apa yang dilakukanNya. Aku percaya ada hikmah disebalik segala kejadian yang berlaku hari ini. Terima kasih untuk segalanya.

Aku macam tidak punyai sesiapa lagi di sini. Tetapi aku tahu, aku ada Allah. Aku ada Ibu.
Berilah seseorang itu bunga, walau kita hanya mendapat akar nya yang telah mati.

MAR
6.29 PM
27 Oktober 2012

Assalamualaikum w.b.t.

Tidak macam tahun lepas, tahun ini aku pulang ke kampung memandangkan dapat 'cuti' yg agak lama. Gembira di hati tak terkira bila dapat sambut raya bersama.

Hari ini aku belajar satu perkataan arab dan satu hadis baru. Nanti akan dikongsikan.

Selamat menghayati hari barakah ini :)

Aku suka bila aku berseorangan. Aku suka bila aku berada dalam dunia aku. Aku suka lari dari masalah dengan berseorangan. Aku suka bila aku duduk di surau dan masjid. Kerana aku masih mencari jawapan yang aku pun tidak tahu apa persoalannya dan jawapannya. Dan pada ketika ini, aku suka lafazkan "Lailahaillah" mengikut alunan yang aku selalu dengar waktu aku kecil. Ibu. Dia buaikan aku. Dia alunkan aku "Lailahaillah". Yang mana hingga sekarang, bila aku lafazkan ikut alunan itu, aku akan menangis. Terkenangkan ibu. Bagi yang kenal aku, hati aku akan jadi macam tissue bila fikir tentang ibu. Hebatnya ibu dia alunkan lafaz tu bila dia dodoikan aku dan mampu buat aku ingat lagi suara dan alunan Ibu. Ya, aku masih ingat lagi suara yang sebenar itu.

Tidak sekali akan lupa.


23-10-12
11.22 PM
Musolla Al-Ghazali




Aku mungkin nampak gembira di luar. Tetapi Allah sahaja yang tahu hati aku ini. Orang mungkin fikir aku tidak ada masalah. Tetapi Allah tahu aku ada. "Hide your tears, it is the best for you and the other around you". Aku tak suka kongsi apa yg aku rasa. Sebab aku belum ada yang aku boleh percaya seratus-peratus. Hari ini hari sedih sebenarnya untuk aku. Aku blog sebab aku hendak meluahkan. Biar tiada siapa yang faham bila baca nukilan hari ini. Sebab aku lagi suka biarkan masalah pergi macam itu sahaja. Bahagia, bagi aku bukan senang dicari. Bahagia dunia yang aku maksudkan.  Kawan? Bukan senang mahu jumpa kawan yang benar-benar setia dan ambil berat tentang kita. Tetapi tidak mengapa. Aku ada Allah, aku ada Ibu. Mereka tahu. Sebentar tadi ke Masjid Ar-Rahman. Aku diuji dan diuji lagi. Aku rasa hari ini paling menguji diri aku. Aku takut, kalau-kalau aku tidak cukup kuat.

Aku takut, aku harus kuat. 





Dah lama aku pencilkan diri dari semua orang. Balik kolej pun sekejap-sekejap sahaja. Justify 'lama' ? Hari ini, officially masuk 5 hari. Ramai yang tanya aku kemana. Aku keluar jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Aku bosan duduk di hostel online dan baca timeline, news feeds. Jadi, aku delete twitter. Aku deactivate facebook. Tapi facebook personal aku sahajalah. Bukan acc yang satu lagi, acc itu penting untuk aku follow up apa sahaja isu semasa. Tapi masalahnya aku masih ada google plus. Jadi aku hanya 'buang masa' di google plus serta blog ini. At least google plus tiada manusia palsu, tiada hipokrasi, tiada manusia-manusia yang tikam dari belakang.

Hendak dicatatkan di sini, sepanjang 5 hari aku sudah ke banyak tempat. Tapi tujuan utama aku adalah ke masjid. Jadi hari ini aku ke Masjid Jamek serta Masjid Ar-Rahman. Rumah Allah. Iktikaf di situ buat aku rasa tenang hati. Ustaz pun kata aku dilanda duka. Aku sedang bersedih. Aku masih tak tahu apa punca. Apa sebab diri aku jadi begini.  Jadi aku tekad aku akan cari punca kenapa hati aku jadi mcm ni. Kenapa hati aku rasa ada satu perasaan yang tidak tenang. Tetapi bila aku sujud, bila aku zikir, aku rasa dekat dengan Allah. Aku mengadu dengan Dia. Tetapi aku tak tahu bila akau bertemu jawapan.
Tak lupa juga Musolla Al-Ghazali kesayangan aku yg berada di kolej aku juga antara tempat wajib hadir hari-hari. Bila aku keluar, aku lihat ramai orang. Bermacam ragam. Yang miskin mengemis. Yang kaya membeli dan terus mengeluarkan duit.

Hari ini, ramai sangat aku lihat manusia mengemis. Bajunya compang camping. Diri tidak terurus. Kaki dimamah kuman kerana diabetis barangkali. Ada yang jual tissue juga. Hari ini, aku didatangi oleh seorang yg aku assume dia ada penyakit apa ntah. Aku malas belajar biologi dulu. Tak suka subjek sains dari kecil. Senang cerita, dia ada penyakit. Ayat dia macam ini :

"Adik, tolong abang dik, dalam satu dua ringgit cukuplah"


Aku sebak. Sebak.

Aku doakan abang tadi dipermudahkan hidupnya. Dimurahkan rezekinya. Amin.

Hari tak semestinya indah, 
Hari ini duka,
Esok luka.

Hari tak semestinya indah, 
Mungkin hari ini gembira,
Mungkin juga duka datang bersama.

Hari akan indah, bila kita sentiasa dekat dengan Allah.

(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.(Luqman:16)


Hari ini bukan hari biasa.

Tiba-tiba aku rasa sedih.Teramat sedih. 

Aku text ibu dan beritahu dia aku teringat zaman aku yang nakal dulu. Ibu menangis bila lihat aku kena rotan dengan ayah. Dan aku menangis bukan kerana sakit nya rasa kena rotan, tetapi sebab aku tak sanggup lihat ibu menangis sebab aku. Aku yang gelap. Memori yang sepatutnya kelakar bila dikenangkan pada sudah meningkat remaja ini tiba-tiba bertukar menjadi satu keinsafan. 

Dalam fikiran tertanya-tanya adakah aku ini anak yang soleh pada ibu dan ayah aku? 

Aku takut kalau aku bukan anak soleh kepada mereka. Aku takut sebab aku tahu aku banyak dosa pada mereka. 

Dan terus ibu call aku. 

Lega rasanya. Bersyukur pada Allah aku ada Ibu yang sentiasa berada dekat dengan aku. Ada dekat dengan aku bila aku susah dan senang. Beri aku semangat. Sokong apa yang aku buat. tahu isi hati aku. Alhamdulillah. 

ps: Ibu, I know you will read this. I love you.

Assalamualaikum w.b.t


"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (At-Taghaabun:11)

Bila Allah bagi kita nikmat, kadangkala dia datangkan dengan ujian. Begitu juga sebaliknya. Bila Dia datangkan ujian, Dia datangkan nikmat. Cuma, kita antara sedar dan tidak. Pernah kah kita terfikir tentang ini?

Nikmat untuk balik kampung. Alhamdulillah, akhirnya setelah berapa lama tidak dapat pulang. Tertunai juga hajat untuk bertemu ibu. Cumanya, Dia datangkan ujian yang kecil. Di pertengahan jalan.

Hati ini diuji. Hati ini diganggu. Salah faham berlaku. Moga tiada apa yang berlaku.

Bila nikmat datang, kita sebut "Alhamdulillah". Bersyukur dengan apa yang Dia kurniakan. Juga. Bila kita diberi ujian, ucaplah syukur "Alhamdulillah" kerana pasti ada hikmah disebalik ujian yang menimpa. Allah maha mengetahui. Dia maha mengatahui apa isi hati kita. Dia tahu apa yang sebenar-benar kejadian.Allah maha berkuasa.