Tinggal beberapa hari lagi untuk semester baru kembali menyinggah. Antara perkara utama yang perlu aku tempuh dalam setiap kali aku berada di kolej adalah berhadapan dengan mulut-mulut manusia yang tidak bertapis. Orang kata, lidah itu setajam pisau. Hati itu boleh jadi selembut tisu. 

Cuma aku pelik manusia yang boleh mendengar dan menuturkan kata-kata yang tidak elok setiap hari tanpa ada rasa bersalah atau hati yang tenang. Aku lemah, tak mampu untuk untuk dengar perkara-perkara begitu. Sebab itu aku banyak lari dari manusia.Bergantung kepada manusia yang menggunakan nikmat itu samada ke arah yang baik atau tidak. Aku belum kuat untuk menegur, aku mampu doa.


"Wahai orang-orang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pulau kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim." (Al-Hujurat 49 : 11)

Aku perlu jadi lebih kuat.

Leave a Reply