It is hard when you are about to get back the happy mood then something bad happened again;
Something that you hate the most;
It is hard.

Tak ingat bila masa. Yang masih ada dalam ingatan. Di KLCC. Waktu aku hendak tunaikan solat asar rasanya. Dari belakang aku mula nak solat,aku ternampak imam di depan. Rambut panjang. Baju rockers style. Senang kata, first impression aku mengatakan dia ini memang kaki rock. Tapi dia memang betul berada di depan mengimamkan makmum lain. Saat dia takbir aku mula rasa cair hati. Sebutanya, suaranya, bukan macam yang ditunjukkan pada pakaian dan rambutnya yang panjang itu. Lunak suara. Fasih dia sebut satu-satu huruf hijaiyah. Siapa kata rockers tak boleh jadi imam ? Bila tulis post ini, teringat kan Ustaz Don. Malam ni ada talk dengan Ustaz Don di Coffee Bean, KL Central :)

Assalamualaikum.

Semalam, aku ada berbincang sedikit dengan classmate. Berkenaan dengan proses hidup aku. Proses transaksi.Proses penghijrahan. Tiba-tiba terungkit isu blog. Aku kata pada dia yang dulu aku ada blog. Sesiapa yang kenal aku memang tahu lah dulu aku ada blog.Since form 3 aku dah mula berblog. Dari hosting free hingalah ke berbayar.Dari platform livejournal hinggalah ke blogspot dan akhirnya self-hosted wordpress. Sanggup berhabis duit beli hosting dan domain. Macam-macam niche ada. Dari muzik ke gossip artis, dari gossip artis ke blog peribadi. Blog artis itu masih lagi hebat sampai sekarang. Walaupun aku hanya jadi writer sahaja dahulunya.tapi tulisan-tulisan aku masih ada dalam blog itu.Walaupun tidak banyak.Tetapi tetap ada. Blog peribadi aku ada dua rasanya. Tetapi dua-dua dah aku delete. Dan dari dari situ aku pindah pulak ke blog muzik. Dan blog muzik itu pun mendapat sambutan. Antara blog berkisar local band yang masih gah di Malaysia. Kalau type je keyword "indie malaysia" di google, memang adalah di first page. Bila difikirkan semula, kenapa lah aku ni jahil sangat. Nak sangat involve benda-benda macam tu. Bila nak difikirkan dosa yang aku dah buat,memang terlalu banyak. Kalau pun aku bandingkan dosa aku itu antara sungai mengalir dengan lautan,lautan itulah yang menjadi dosa aku. Apa dosanya ? Aku dah mengabaikan manusia. Aku dah membuatkan manusia jadi alpa.Jadi lupa. Lupa untuk sujud pada Allah yang maha esa. Lupa untuk solat awal. Lupa untuk berbuat baik kepada Allah. Saat aku mula menulis di blog-blog hiburan, orang akan mula sampaikan itu sampaikan ini. Hal yang buruk di sebar-sebarkan. Di sampai-sampaikan dari mulut ke mulut. Dari computer ke computer. Setiap "like" atau "recommend" atau "tweet" dan sebagainya dari manusia yang baca hasil tulisan aku. Fikirkan lah betapa banyaknya. Allahurobbi. Tak dapat bayangkan betapa banyaknya dosa aku. Dosa dari hamba Allah yang jahil ini.Ya, Allah yang maha pengam;un, kau ampunkan lah dosa-dosa yang lalu dan mendatang. Aku mohon belas kasih dari kau Ya Allah.


For some reasons, I remain quite
For some reasons, I behave
For some reasons, I stay positive
For some reasons, I reflect myself
For some reasons, I act like a weirdo
For some reasons, I be patience
For some reasons, I remain quite

For some reasons, I say sorry for nothing. 

Loqman
12.42 a.m.
13/02/2012

Aku belajar perkara baru hari ini.

Kadang-kadang apa yang kita mahukan , takkan semua Allah akan bagi jalan ;
Kadang-kadang dia sendiri yang akan bagi ujian yang hebat, supaya kita tidak diberikan ilmu yang kita mahukan itu ;
Sebab dia mahu tunjukkan, ilmu Allah itu bukan senang untuk dicari, dia mahukan kita untuk jangan putus asa mencari ilmu Allah.