"Dengan mengingati Allah itu, maka hati akan jadi tenang." (Ar-Ra'd:13)



Bila selak-selak artikel, terjumpa potongan ayat dari surah Ar-Rad. Pernahkah terlintas dalam pemikiran kita bahawa Allah sebenarnya yang paling dekat dengan kita? Dialah yang menciptakan kita. Allah ada di mana-mana. Allah sayangkan kita. Bila kita lihat semula potongan ayat di atas, kita boleh lihat betapa sayangnya Allah dengan kita. Dia sendiri yang menawarkan cara untuk kita mengadu. Tetapi hakikatnya kita masih jauh dengan dia. Mengapa? Hari-hari kita disogok dengan perkara-perkara duniawi. Kita lalai. Kita alpa. Bila kita berada dalam kesusahan, bila kita berada dalam kekusutan, sedih, kita lebih cenderung untuk cenderung untuk ubati hati kita dengan lagu-lagu yang kita rasakan dapat tenangkan jiwa kita. Kita lebih cenderung luah perasaan di twitter mahupun facebook. Sebenarnya, kita lupa bahawa sebaik-baik tempat mengadu adalah kepada Allah. Ingat Allah, hati jadi tenang.


// Islam is the way of life.

I dedicate this song to Ibu because I know you will read this.



Tertanam naluri keibuan amat mendalam Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh Ibu

PS: // This is one of my favorite. 

http://www.youtube.com/watch?v=JDvSdmR-yFY


Orang kata jauh di mata dekat di hati,


Itulah kita,


Gelap bulan terang bintang,


Walau malam ini kita tidak dapat luang masa bawah bulan bintang,


Loqman tahu,


Hati dan perasaan kita sentiasa bersama,



Wahai Ibu.



// Sabtu- 29 September 2012- sebelum tidur.


Assalamualaikum.

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beramal soleh, dan berpesan-pesan kepada kebenaran, dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran." (Al-Asr: 1-3)

Mungkin ini cerita yang kawan-kawan sudah dengar, ada di antara kawan-kawan yang tahu kisah gelap aku. Kerana aku suka bercerita kepada yang aku rasa perlukan cerita-cerita aku untuk mereka jadikan pedoman. Bukan untuk mengaibkan diri sendiri. Aku kadang-kala dicemuh bila menceritakan kisah peribadi, zaman gelap aku, kepada orang yang aku kehendaki. Biarkan orang berkata.Mulut manusia kan? Pernah dengar tentang Rumah Pengasih? Salah seorang yang kuat menjalankan Rumah Pengasih adalah bekas penagih. Bukan aku hendak membandingkan diri aku dengan bekas penagih itu. Tetapi cara aku dan dia perjuangkan cara hidup adalah sama. Dia menggunakan kisah gelapnya untuk membantu yang masih dalam alpa. Malah, diri menjadi kuat dengan melihat ramai yang semakin sedar dari kesilapan. Begitu juga aku. Suka menjadikan pengalaman-pengalaman hitam aku sebagai pengajaran kepada orang lain. Aku mudah dekat dengan mereka yang banyak masalah, yang masih dalam zaman gelap, kerana aku pernah rasa semua itu.

Aku pegang dengan kata-kata "Tiada sebab untuk tidak memberikan pertolongan"

Sebab itu aku rasa aku perlu lakukan sesuatu. Ramai kawan yang datang kepada aku cerita itu ini. Samada terus face-to-face ataupun secara online di Facebook. Bukanlah sebab aku ini seorang ustaz atau sebagainya.Tidak sama sekali. Yang datang kepada aku ini mungkin mereka rasa aku boleh simpan rahsia, mungkin mereka rasa dengan mendengar cerita aku, boleh dijadikan pengajaran buat mereka. Aku tolong mana yang mampu.






Kebetulan turun ke Stesyen Bas di Tangkak. Selepas Solat Jumaat, meluru keluar dari perkarangan masjid. Bunyi bising.Bunyi motor.Dalam hati aku syak "mesti si penyimbah cat".

Betul lah, pegawai wanita PKR yang bertugas kata "Polis sedang kejar si penyimbah cat.Dia naik motor"

Cuma pelik. Polis wanita ada sahaja di situ. Oh mungkin tidak cukup.

Setakat sekarang, 3 kali kes simbah cat ke bas Pakatan Rakyat. Aku ada dua idea. Satu, mungkin sengaja diatur oleh PR dan menuding jari ke arah UMNO dan kuncunya. Dua, mungkin ini memang betul konspirasi jahat dari UMNO dan kuncunya.

Siapa yang betul? Hanya Allah sahaja yang tahu. 

Tak mudah,
Orang terus meludah,

Jangan telan,
Jangan luah,

Mengadulah pada Allah.

Be brave. Be confident. If you really want to change because of Allah, He will help us facing the difficulties insyaAllah.