Umum mengetahui bahawa solat berjemaah itu suatu tuntutan yang sangat dianjurkan dalam Islam.  Solat berjemaah mempunyai terlalu banyak manfaat yang perlu umat Islam rebut supaya dapat bersama memperolehi faedah-faedahnnya.



Semasa seseorang itu berulang-alik ke masjid (atau surau) dia akan mendapat keuntungan :

  • Setiap langkahnya diberi pahala oleh Allah SWT.
  • Menguruskan waktu dengan tepat.
  • Dapat berinteraksi dengan masyarakat dengan setempat. 
  • Menyihatkan tubuh badan.
Sementara apabila seseorang itu berada di dalam masjid pula dia akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda lagi antaranya :

  • Mendapat pahala iktikaf setiap saat dia berada di dalam masjid.
  • Dapat mengerjakan solat sunat yang lain seperti solat sunat Wuduk, solat sunat Tahiyat al-Masjid, solat sunat Qabliah, solat sunat Ba'diyyah dan solat sunat di antara Maghrib dan Isyak.
  • Dapat melakukan ibadah sunat yang lain seperti membaca al-Quran, berselawat dan berzikir.
  • Dapat mendengar tazkirah atau kuliah fardu ain.

Antara dalil-dalil : 

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: 
"Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda)."
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
"Solat seseorang dengan berjemaah itu digandakan 25 kali ganda berbanding solat yang dikerjakan di rumah atau di pasar. Demikian itu, kerana apabila seseorang berwuduk dan menyempurnakan wuduknya, kemudian pergi ke masjid dengan tujuan khusus untuk solat, maka setiap kali ia melangkah kaki, diangkat satu darjat dan dihapuskan satu dosa. Dan bila ia mengerjakan solat, maka malaikat sentiasa memohon rahmat kepadanya selama ia berada di tempat solat selagi ia tidak berhadas (doanya iaitu): 'Ya Allah, ampunilah ia, ya Allah kasihanilah ia. 'Dan (para malaikat sentiasa mendoakannya) selama ia menanti solat."

Imam Muslim pula meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah r.a yang bermaksud:
"Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi SAW bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membernarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid."

"Daripada Abu Hayyan, daripada ayahnya, daripada al-Rabi' bin Khaitam, katanya: 
'Sesungguhnya beliau, suatau ketika telah ditimpa penyakit. Lantaran itu, setiap kali untuk ke masjid dia terpaksa dipapah oleh dua orang lelaki. Maka suatu hari ada orang menegur al-Rabi' dengan katanya: 'Wahai Abu Yazid, dalam keadaan uzur sekarang, jika kamu inginkan, maka kamu tak payah datang ke masjid, untuk solat berjemaah.' Maka al-Rabi' menjawab: 'Memang, tetapi (aku mesti datang apabila) aku mendengar saja suara muazin memanggil 'Marilah mendirikan solat! Marilah menuju kejayaan!' Pada pandanganku sesiapa yang mendengar panggilan azan, maka hendaklah dia datang ke masjid walaupun dalam keadaan merangkak dan walaupun ketika bertembung dengan tentera musuh.' "
( Hadis Riwayat Ibn Abi Syaibah)




Kita takut kalau perkara lama. yang gelap itu berulang kembali.

Tabahlahkan hati ini. Allah sentiasa di hati.