Jujur saya masih tak faham mengapa ada pelajar yg selalu mengadu bosan semasa berada dalam zaman sebagai pelajar ini. Ditambah lagi dengan tempat belajar di KL yg sarat dgn seribu satu majlis ilmu tak kira agama atau apa jua, peluang-peluang diskusi terbuka dan percuma, sumber-sumber buku yg rare, kawan-kawan yg mindanya terbuka,etc.

Tolong lah diri sendiri. Tuhan dah cipta dunia ini utk kita menikmati dan menyuburkan bahagia.

Dulu belajar tentang elemen positif dalam 'psychosocial environment'. Hujah saya tentang 'freedom' yg perlu ada dalam elemen itu seolah tidak boleh diterima pakai.Mungkin tiada dalam silibus atau berbeza subjek? maka jawapan saya perlu KIV.Mungkin tidak praktikal dgn sistem pendidikan kita, sebab itu jawapan saya tidak diterima pakai. 'Freedom' adalah merujuk kepada murid/pelajar itu bahawa pelajar perlu ada kebebasan dalam memilih apa yg mereka ingin belajar. Apabila berlaku perkara-perkara sebegini di IPG, memberikan pandangan (tentang apa yg saya minat utk dibincangkan) adalah menjadi satu kemalasan bagi saya kerana sudah tahu bagaimana ianya akan berakhir.

Tapi hari ini, kuliah adalah tentang 'constructivism'. Teori tentang 'self-direction' dan 'learners are autonomous'. Berbezakah dgn apa yg saya beritahu dahulu? Kalaulah ada dalam silibus kita ada penggunaan/sentuhan karya Paulo Freire iaitu "Pedagogy of the oppressed" , pasti anda semua akan lebih sedar.

Kawan-kawan, anda perlu sedar sistem pendidikan kita telah gagal. Bila anda jadi pendidik, perlunya anda cuba keluar dari sistem walaupun terpaksa. Perlu ada gerakan pencerahan kepada semua masyarakat. Bila anda jadi pendidik kelak, perlunya anda terima hakikat pelajar itu bukan hanya utk difasilitasi, tetapi anda juga adalah pelajar. Sebab itu saya percaya, pembelajaran bukan hanya 'teacher-centered' atau 'student-centered' tetapi 'learner-centered' yg merangkumi pelajar dan murid.

Sebagai bakal pendidik, perlunya ada harapan utk sistem pendidikan Malaysia yg lebih cerah. Tetapi perlu seiring juga dengan usaha-usaha anda. Anda perlu keluar dari kepompong yg anda rasa 'selesa'. Sistem pendidikan kita sepatutnya bukan yg membonsaikan minda rakyat, tetapi yg mencerahkan minda rakyat supaya jadi rakyat yg terus berfikir dan berfikir secara kritis.

Cuba soroti kata-kata Ali Shariati. 

"Islam adalah agama yang realitas dan mencintai alam, kekuatan, keindahan, kesehatan, kemakmuran, kemajuan, dan pemenuhan seluruh kebutuhan manusia..kaum Muslim menanggung beban tanggungjawab sosial, dan bahkan misi universal, untuk memerangi kejahatan dan berusaha merebut kemenangan demi umat manusia, kebebasan, keadilan, dan kebaikan. ..Islam adalah agama yang dengan segera melahirkan gerakan, menciptakan kekuatan, menghadirkan kesadaran diri dan pencerahan, dan menguatkan kepekaan politik dan tanggungjawab sosial yang berkait dengan diri sendiri...suatu kekuatan yang meningkatkan pemikiran dan mendorong kaum tertindas agar memberontak dan menghadirkan di medan perang spirit keimanan, harapan dan keberanian."

Ali Shariati menegaskan sekali lagi Islam itu syumul. Beliau menekankan lagi umat manusia perlu sedar tanggungjawab sosial. Bangkitnya tanggungjawab sosial dalam setiap manusia akan menghapuskan sedikit demi sedikit sistem kasta yang direka oleh kapitalis.

Ramadhan kareem.

Dimana peranan kerajaan dalam menyelesaikan masalah gelandangan? Murid buta huruf? Dimana masjid besar-besar di sekitar KL dalam membantu gelandangan? Di mana agamawan-agamawan?

Sistem pendidikan yg gagal.
Pendidikan yang kita ada sekarang adalah pendidikan yg menghasilkan nilai-nilai materealistik dan individualistik dalam setiap jiwa pelajar. Belajar pandai-pandai, score hebat, keluar dapat kerja senang. Nak borak tentang JERIS? Atas kertas tulis assignment, buang air liur cakap boleh lah.

Tanggungjawab sosial.
Sekiranya anda sedar tanggungjawab sosial, ini semua anda tidak akan anggap sebagai kerja amal. Pedulikan masjid yg indah pada bentuknya, pedulikan pihak kerajaan yg titipkan janji-janji manis. Persoalan yg paling besar, apa usaha kita dalam membantu mereka?

“So the small things came into their own: small acts of helping others, if one could; small ways of making one's own life better: acts of love, acts of tea, acts of laughter. Clever people might laugh at such simplicity, but, she asked herself, what was their own solution?”
― Alexander McCall Smith

http://www.projekdialog.com/featured/catatan-ramadhan-di-antara-anak-yatim-gelandangan-dan-shisha/

Sampai bila-bila ingat ini. "Makan apa yang ada" - Ayah :)