Assalamualaikum.

Kadang-kadang sebelum kita bertindak,kita mesti akan berfikir akan baik buruk yang mendatang bukan ? Adakah perbuatan kita itu baik atau buruk di mata orang kan? Itu lah yang aku fikir setiap kali aku mahu post sesuatu di facebook,twitter mahupun verbally speaking with others. Nak menyampaikan dakwah itu tak semestinya perlu jadi ustaz,baru boleh berdakwah. Ok itu aku setuju. Sebelum itu, mungkin perkataan "dakwah" tak "sesuai".Jadi eloklah ditukarkan kepada "menyampaikan sesuatu yang baik".Sebab perkataan dakwah kadang-kala disalah erti oleh sesetengah manusia bahawa golongan alim-ulama serta ustaz-ustazah sahaja yang boleh digunakan.Tetapi perkataan dakwah itu sendiri adalah satu perkataan yang berdiri sendiri.Jadi sesiapa pun boleh boleh menggunakan. Kembali kepada topic asal.Setiap kali sebelum aku post sesuatu (Baca:post berunsurkan kebaikan (agama dan moral) di social websites , aku akan fikir layak kah aku? Apa pandangan orang terhadap aku? Sebagai contoh, bila mana aku post video tentang solat.Isi kandungannya menghendakkan kita supaya jangan tinggal solat.Tapi aku, solat pun kadang-kadang ada yang lewat.Bukan hendak membuka pekung di dada atau mengaibkan diri.Tetapi ini adalah hakikat.Aku setiap hari berdoa agar diberi kekuatan dan hidayah untuk solat di awal waktu. Jangan melewat-lewat solat.Kadang-kadang, kekilafan diri yang ada dalam hati hitam ini membuatkan kita teragak-agak untuk menyampaikan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Sampaikanlah walaupun sedikit.Sampaikanlah walau dicerca.

Kadang-kadang aku tak pasti , tindakan aku itu betul atau tidak.