Hari ini. 27 Oktober 2012. Patut jadi hari kurang gembira bagi aku. Kerana hari ini aku perlu pulang ke kolej semula. Pulang ke kolej adalah sesuatu yang amat berat bagi aku. Bayangkan, sudah lah kita bergembira di kampung tiba-tiba terpaksa pulang semula ke kolej demi meneruskan hari-hari biasa sebagai seorang pelajar. Bila lihat umur aku, tahun depan akan cecah 20 tahun. Tiada lagi 'teen' di hujung nombor lagi. Orang kata umur tidak memberi apa-apa. Tidak bagi aku. Kadang-kadang aku rasa aku macam sudah hidup lama. Dengan macam-macam yang telah aku lalui. Tetapi tidak. Aku salah kerana masih banyak lagi halangan hidup yang belum aku merasakan nikmatnya.

Hari ini. Aku gembira dengan sambal yang ibu masakkan. Sesiapa yang kenal aku pasti tahu betapa aku gilakan sambal. Aku selalu kata, 'Sambal itu asas kehidupan'. Dan aku cukup happy bila sesiapa yang dapat rasa sambal dari Melaka. Ibu tak pernah mengecewakan aku. Bila fikir kembali bila hendak serahkan sambal, aku bergegas macam orang masuk lewat ke pejabat hingga aku terlupa mahu makan sehingga sekarang waktu aku menaip post ini. Betapa gembiranya.

Hari ini. Di Stesyen Kerinchi, datang seorang lelaki remaja berbangsa India ; 

           "Can I use your hand phone for awhile?" 

Jadi aku mengiakan sahaja. Sebelum itu aku tanya, dia nak call siapa dan apa tujuan dia call. Aku bagi dia pinjam dan dia call girl friend dia / akak dia. Selang beberapa minit, perempuan yang dia call tadi call aku semula. Tetapi aku sudah teruskan perjalanan aku ke KL Sentral. Dia assume yang aku ini kawan yang berbangsa India tadi. Aku menidakkan. Aku ceritakan detailnya. Dia terus ucap terima kasih dalam bahasa inggeris. 

          "Thank you very much and I love you" 

Dari sini aku belajar, betapa pentingnya kita tolong orang walau sekecil mana pun. Kerana sesungguhnya, kita mampu gembirakan hati seseorang itu. Dan betapa pentingnya kita perlu ucap terima kasih bila terima sesuatu kebaikkan. Aku juga belajar, bila kita mendapat sesuatu yang kurang baik dari seseorang itu, kita hendaklah membalasnya dengan kebaikkan. Kerana itu yang diajar Allah.

Malah, bila kita mendapat keburukkan dari seseorang, bersabar perlu disematkan dalam diri dan maaf kan lah mereka dan lupakan. Kerana Islam itu mengajar kita untuk berbuat kebaikkan. Berbuat baik kepada orang yang kurang berbuat baik kepada kita itu akan mendapat keredhaan dari Allah. Sesungguhnya, apa sahaja yang berlaku itu qadak dan qadar dari Allah. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kadang-kadang, kita rasakan yang kita cukup kuat untuk teruskan hari-hari mendatang. Kadang-kadang kita rasa yang kita mampu berseorangan untuk melalui pahit manis kehidupan. 

Allah tunjukkan aku bermacam-macam perkara hari ini. Oleh sebab itu, aku rasa lebih bersemangat untuk merantau tidak kira kemana. Jauh kaki aku berjalan. Jauhlah perjalanan aku. Sebab aku mahu kutip satu-satu pengalaman yang bakal mendewasakan aku. Aku ke sini pun, aku bawa bekal roti dan dua jenis sambal. Tetapi belum makan. Entahlah, nanti-nanti lah. 

Aku sangat gembira.


Tetapi hebatnya Allah, dia mampu tukar semua perasaan gembira bertukar kepada sedih sesedihnya. Allah maha mengetahui terhadap apa yang dilakukanNya. Aku percaya ada hikmah disebalik segala kejadian yang berlaku hari ini. Terima kasih untuk segalanya.

Aku macam tidak punyai sesiapa lagi di sini. Tetapi aku tahu, aku ada Allah. Aku ada Ibu.
Berilah seseorang itu bunga, walau kita hanya mendapat akar nya yang telah mati.

MAR
6.29 PM
27 Oktober 2012

Leave a Reply