We are all blinded by the truth,
we pretend not to believe because,
we have goods to save,
to keep,
after all we trapped by ego.


We always ponder on how we should do things rightly, 
We always look back,
on our past,
the darkness side,
part of our memory, our story.

We always realize on mistakes that we did, 
We always realize we are the one who make mistakes, 
But we always fail to fix it up,
fail not to do it again.

We always have a choice,
White or dark,
White doesn't mean pure,
Dark doesn't mean evil,
It is all about us,we decide.

We always dream about things we love,
things we want in our life,
but we always be so ungrateful,
We forget Him,
We are slavery of the world.

We always want a peaceful and lovely society,
a society that bring happiness, 
but we are always be insensitive,
we fail to respect.


We always think about death,
sometimes one of the ways to run away from all the problem is to run,
but sometimes running away won't solve the problem,
sometimes we are brainless.

3.39
Still cannot sleep *sigh*


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, tiba-tiba terfikir untuk menulis sesuatu. Mungkin hikmah daripada susah nak tidur malam hari ini. Jarang susah nak tidur macam ini. Alhamdulillah juga journey aku yang telah mengambil masa dalam 11-12 hari berjalan dengan lancar.

Tiba-tiba terfikir tentang hidup. Hidup yang abadi. Ya, semua mahukan syurga. Bohonglah kalau ada manusia yang mahu masuk ke neraka. Semua manusia inginkan syurga. Tetapi pernah kah kita berfikir, dalam mulut kita sibuk melafazkan kita mahukan syurga, tetapi sebenarnya perbuatan kita tidak mencerminkan yang kita mahukan syurga dari Allah. Kita mahu syurga, tetapi kita masih cintakan dunia.

"Kalau kamu merasakan hidup kamu hanyalah untuk bersuka ria, maka nikmatNya telah kamu dustakan"
Itu adalah quote yang aku dapat dari tulisan blog/facebook. Ya betul kita dalam diam sebenarnya leka. Kita sebenarnya cintakan dunia. Kita tidak seratus peratus takutkan Allah. Ya kita solat 5 waktu sehari semalam. Kita bersedekah. Kita berzikir dan selawat. Tetapi kita masih lihat benda yang tidak patut kita lihat. Dan yang biasa kita buat, mulut kita masih bercakap perkara-perkara yang tidak patut kita lafazkan. Kita ambil Islam itu hanya sebahagiannya sahaja. Sebahagian yang lain kita lupakan sebab dunia. Kita sibuk fikir tentang kena bercampur gaul dengan kawan-kawan yang popular,kawan-kawan yang cool, kita sibuk fikir tentang update terbaru tentang artis di facebook dan youtube hinggakan sanggup beli surat khabar, CD, majalah dan sebagainya tentang artis itu, kita sibuk fikir tentang lagu dan wayang terbaru, kita sibuk fikir tentang mencari bakal isteri/suami, sibu fikir tentang mahu keluar dengan kawan-kawan ke shopping mall. Sedangkan sedang pada kita sibuk fikir tentang dunia, Allah memerhati kan kita. Dia sangat rindukan kita. Dia rindu doa dan rintihan kita. 

Untuk beberapa hari aku telah bermusafir ke negeri orang, aku dapat rasakan aku sudah hilang nafsu untuk bersuka-suka. Aku tahu yang jadual hidup aku dah berubah. Aku rasa yang umur aku sebenarnya sudah tua. Aku pasang niat aku untuk cari pengalaman di negeri orang pun pada asal antaranya adalah untuk cari diri sendiri. Aku tahu aku bukan kanak-kanak lagi. Umur 19 sudah singkat sebenarnya bagi aku. Bagai sesaat lagi mati menanti. Bagi aku, dengar mp3 kuliah agama daripada Ustaz Kazim, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Abdullah Khairi, Ustaz Don dan lain-lain sepanjang perjalanan dalam train dan bus merantau ke negeri orang, buat aku menangis dan gembira kerana Allah. Aku menangis bila ada ilmu yang disampaikan oleh mereka sebahagiannya telah aku buat dan mungkin aku akan buat lagi. Nauzubillah. Aku gembira ketawa kerana ada ilmu yang mereka sampaikan itu aku buat sehari-hari tetapi aku tidak nampak manisnya dalam ibadahku itu. Allah banyak tunjuk aku peristiwa-peristiwa yang jarang aku dapat. Peristiwa-peristiwa yang buat aku berfikir dan ambil iktibar. Aku bersyukur kerana pengalaman aku selama 11-12 hari beri terlalu banyak ilmu,erti hidup, yang sangat berguna. 
"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya) (Al-Hujurat : 15)
Dan kadang-kadang bila kita sudah betul-betul mahu berubah, atau kembali kekal di jalan Allah,  ada sahaja anasir jahat yang akan datang mengganggu. Kawan, hiburan, dan yang paling bahaya adalah nafsu. Tetapi alhamdulillah aku ada abang-abang usrah yang Allah utuskan pada aku. Jika aku rasa sudah jauh dari Allah, mereka akan hubungi aku walaupun hanya melalui facebook. Merekalah yang menjadi pembangkit semangat aku setiap kali aku lemah dan tewas kerana dunia. Memang betul iman kita turun naik. Sebagai contoh mudah, baru-baru isu Palestin. Bila Gaza diserang oleh zionis masing-masing sibuk tukar default picture seperti 'Save Gaza'/ 'Free Gaza'. Beriya-iya boikot McD dan Loreal. Tapi yang sedihnya, baru sahaja beberapa hari selepas gencatan senjata, kita leka dengan Shout Award dan sebagainya. Kita sudah sibuk melayan Twilight. Twitter dan Facebook kita sibuk berbicara tentang dunia dan kita tinggalkan bulat-bulat saudara kita di Palestin. Sedih. Persoalan di sini adalah berapa lama dan berapa kuat kah kita untuk kekalkan momentum yang baik itu? Terpulang kepada diri kita bagaimana. Masa untuk kita muhasabah dan istiqamah dalam perjuangan sentiasa ada. 

Hidup ini tidak lama. Sementara. Umur 19 tahun seperti aku jika hendak dibandingkan amel soleh aku dengan ratusan daun di sebatang pokok, aku bagikan seurat benang di sehelai daun. Ustaz pernah pesan, Allah sayangkan orang muda yang sentiasa berjuang istiqamah di jalan Allah. Jika kita orang muda adalah yang paling kuat menentang nafsu dunia, kita sebenarnya adalah yang paling mulia di sisi Allah. 

Ustaz Kazim ada pesan, pemutus kepada kelazatan dunia adalah dengan sentiasa mengingati mati. Ini adalah cara yang terbaik aku selalu guna. Ya alhamdulillah berkesan. Selalulah ingat mati. Ingatlah mati. Setiap detik ingatlah mati. Ini adalah cara yang terbaik bagi aku.Dan bagi aku, cara yang lain bagi aku untuk sentiasa keep on track adalah dengan tidak sibuk dengan dunia internet lebih-lebih lagi twitter. Twitter buat aku hanyut. Tidak, bukan salah twitter tapi salah aku follow orang-orang yang tidak sepatutnya aku follow. Bukan hanya twitter tetapi banyak lagi. Cara yang lain  sibukkan diri dengan dengar kuliah-kuliah. Ada banyak lagi cara dan aku selalu ceritakan kepada kawan-kawan yang macam aku. Yang mahu berubah. 




3.35
Mata belum mahu lelap.Susah.






Assalamualaikum semua.

Ini merupakan pengalaman pertama bercuti seorang. Mungkin terma bercuti tak sesuai. Mungkin lebih sesuai journey. Tak kira apa lah. Moga dipermudahkan segala urusan di setiap tempat dan sepanjang perjalanan. Doakan aku. Doakan saya.

Tak sabar mahu memeliki aset pertama dengan duit sendiri , demi masa hadapan. Disamping kukuhkan diri dari segi ilmu agama, kukuhkan diri dari segi finance. 

Cuti buat semua gembira, 
Baru sehari,
Aku sudah alpa.