Mati. Aku tahu benda ini bukan perkara mudah. Bukan mudahnya seperti kau suap makanan ke dalam mulut. Mati. Satu perkataan yang kita semua takuti. Sepanjang 18 tahun aku hidup, belum pernah aku jumpa manusia yang tak takut mati. Lupakan orang Jepun dan Barat   gila yang buat perkara-perkara bodoh kononnya tak takut mati. Itu semua penipuan belaka. Kerana manusia yang macam itu hanya hebat di mulutnya sahaja,bukan di hatinya. Manusia,lumrahnya adalah takut pada mati.

Aku tahu ini sedikit gila. Bila aku rasa sunyi, aku rasa dunia ini tak punya apa-apa, aku rasa sangat loser. Senang cerita, bila aku rasa sangat lost. Sampai satu tahap aku akan baring dan termenung. Dan aku akan fikir tentang mati. Biasanya, bila mood mati itu datang, aku akan tulis surat macam surat wasiat (tetapi tidak ada harta untuk ditinggalkan). Aku akan tulis surat (sebelum tidur) dalam note pad (orang Melaka panggil kertas kajang) , dalam buku nota, dan dalam dalam handphone aku. Boleh check sekarang phone aku berapa banyak surat aku dah buat. Tak tak, aku tak rasa ini kerja gila. Kadang-kadang, aku rasa bila tulis surat wasiat, aku akan rasa dekat sangat dengan mati. Macam beberapa saat dengan kematiaan. Kebiasaanya, aku akan tulis apa sahaja memori lama dengan ibu ayah aku terutamanya. Dari kecil hingga besar. Yang bila mana bila aku tulis tentang mereka mata aku akan berair serta-merta. Aku tahu ibu ayah adalah manusia paling penting dalam hidup aku. Mereka berdua umpama hati dan jantung aku. Aku sangat mudah tersentuh kalau bercakap tentang ibu ayah yang paling aku sayang (dah mula rasa sebak). Kalau sesiapa perasan twitter aku kebiasaanya akan tweet tentang ibu ayah. Dan tak lupa, tulis tentang adik-adik aku yang jadi teman hidup dari kecil. Kawan-kawan yang jadi penyeri aku di tempat pengajian. Memori, itu sahaja yang dapat ditinggalkan.

Bila aku rasa dekat dengan mati, sangat dekat, masa itu aku rasa aku dekat dengan Allah.

Kalau nak rasa betapa dekatnya mati, tulis surat wasiat. 

2 Responses so far.

  1. Unknown says:

    man, aku rindu kat kau.

  2. Unknown says:

    mimi..i tersangat rindu dengannya juga...tak puas nak peluk cium dia

Leave a Reply