Kebetulan turun ke Stesyen Bas di Tangkak. Selepas Solat Jumaat, meluru keluar dari perkarangan masjid. Bunyi bising.Bunyi motor.Dalam hati aku syak "mesti si penyimbah cat".

Betul lah, pegawai wanita PKR yang bertugas kata "Polis sedang kejar si penyimbah cat.Dia naik motor"

Cuma pelik. Polis wanita ada sahaja di situ. Oh mungkin tidak cukup.

Setakat sekarang, 3 kali kes simbah cat ke bas Pakatan Rakyat. Aku ada dua idea. Satu, mungkin sengaja diatur oleh PR dan menuding jari ke arah UMNO dan kuncunya. Dua, mungkin ini memang betul konspirasi jahat dari UMNO dan kuncunya.

Siapa yang betul? Hanya Allah sahaja yang tahu. 

Leave a Reply