Assalamualaikum.

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beramal soleh, dan berpesan-pesan kepada kebenaran, dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran." (Al-Asr: 1-3)

Mungkin ini cerita yang kawan-kawan sudah dengar, ada di antara kawan-kawan yang tahu kisah gelap aku. Kerana aku suka bercerita kepada yang aku rasa perlukan cerita-cerita aku untuk mereka jadikan pedoman. Bukan untuk mengaibkan diri sendiri. Aku kadang-kala dicemuh bila menceritakan kisah peribadi, zaman gelap aku, kepada orang yang aku kehendaki. Biarkan orang berkata.Mulut manusia kan? Pernah dengar tentang Rumah Pengasih? Salah seorang yang kuat menjalankan Rumah Pengasih adalah bekas penagih. Bukan aku hendak membandingkan diri aku dengan bekas penagih itu. Tetapi cara aku dan dia perjuangkan cara hidup adalah sama. Dia menggunakan kisah gelapnya untuk membantu yang masih dalam alpa. Malah, diri menjadi kuat dengan melihat ramai yang semakin sedar dari kesilapan. Begitu juga aku. Suka menjadikan pengalaman-pengalaman hitam aku sebagai pengajaran kepada orang lain. Aku mudah dekat dengan mereka yang banyak masalah, yang masih dalam zaman gelap, kerana aku pernah rasa semua itu.

Aku pegang dengan kata-kata "Tiada sebab untuk tidak memberikan pertolongan"

Sebab itu aku rasa aku perlu lakukan sesuatu. Ramai kawan yang datang kepada aku cerita itu ini. Samada terus face-to-face ataupun secara online di Facebook. Bukanlah sebab aku ini seorang ustaz atau sebagainya.Tidak sama sekali. Yang datang kepada aku ini mungkin mereka rasa aku boleh simpan rahsia, mungkin mereka rasa dengan mendengar cerita aku, boleh dijadikan pengajaran buat mereka. Aku tolong mana yang mampu.





Sebagai seorang manusia biasa, apabila aku bercerita kisah zaman gelap aku, kononya aku sudah keluar sepenuhnya dari kepompong gelap itu. Aku silap. Aku masih melakukannya secara halus. Masalah datang. Aku tak mahu jadi orang yang munafik. Menyampaikan kata-kata yang baik tetapi dalam waktu yang sama aku melakukan kemungkaran. Bukan senang kerana kadang-kala kita akan terlalai juga.Fitrah manusia, susah mahu lari dari melakukan kemungkaran. Apa yang penting, kita cuba sedaya-upaya untuk tidak berbuat dosa.

Bukan mudah untung bangkit.

Sekarang, Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku. Dia beri aku jalan untuk aku keluar sepenuhnya. Ya, dari situ aku rasa aku sudah bebas. Allah datangkan aku dengan berbagai-bagai peristiwa yang banyak menginsafkan aku. Allah sedarkan aku dengan bermacam-macam cara. Aku suka katakan, salah satu tonik kuat yang menjadikan aku seperti sekarang adalah Ibu dan dibantu dengan buku-buku yang aku suka baca. Kalau nak bercerita tentang Ibu, memang penuh ruang ini aku penuhkan. Cinta ibu ayah adalah kuat. Cinta mereka kepada kita bukan macam cinta hanya manis cantik di tulisan. Cinta mereka tulen.

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua-dua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukan dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua orang tuamu. Hanya kepada Aku tempat kembalinya kamu." (Luqman:14)

Firman Allah di atas jelas menyatakan bahawa Ibu ayah kita adalah sebab kita di sini. Tiadalah kita tanpa mereka dengan izin Allah. Aku suka ingatkan diri sendiri, ibu ayah banyak berkorban buat aku. Kenapa aku tidak melakukan pengorbanan ke arah mereka walau sedikit pun?

Sekarang aku perlu pertahankan apa yang dia anugerahkan kepada aku ini.

Umur sudah masuk yang ke 19 tahun. Aku fikir, dengan masa yang begitu lama, apakah yang telah aku kerjakan. Apakah yang aku telah lakukan kepada agama Allah? Amalan-amalan ku? Kepada ibu ayah? Kepada masyarakat ? Mati terasa sesaat lagi. Aku tak fikir yang aku beri impak besar dan baik kepada Allah, ibu ayah, kawan-kawan, dan masyarakat sekeliling. Aku perlu bantu kawan-kawan yang

Renung semula potongan ayat ini. Yang lepas biarkan lepas. Biarkan masa lalu ditelan masa. Yang penting adalah sekarang. Jam ini.Minit ini.Saat ini.

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beramal soleh, dan berpesan-pesan kepada kebenaran, dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran." (Al-Asr: 1-3)

Sekarang masa tepat untuk isi masa lapang dengan perkara yang lebih mendatangkan manfaat kepada diri. Aku ada cara aku sendiri dan mungkin kawan-kawan sekitar yang tahu apa aku buat. Umur sudah 19 tahun, aku perlu jadi matang. Zaman gelap? Kuatkan hati dan diri untuk tidak terjerumus lagi. Hari-hari berdoa untuk tidak melakukan lagi.

ps: // Terima kasih buat kawan-kawan yang ucap selamat dan bagi hadiah. Semoga Allah merahmati anda semua.

One Response so far.

  1. Banyak nasihat aku dapat man dari blog ko ni man..terima kasih..aku akan menyusul ko nanti..tunggu ye..

Leave a Reply