Dulu belajar tentang elemen positif dalam 'psychosocial environment'. Hujah saya tentang 'freedom' yg perlu ada dalam elemen itu seolah tidak boleh diterima pakai.Mungkin tiada dalam silibus atau berbeza subjek? maka jawapan saya perlu KIV.Mungkin tidak praktikal dgn sistem pendidikan kita, sebab itu jawapan saya tidak diterima pakai. 'Freedom' adalah merujuk kepada murid/pelajar itu bahawa pelajar perlu ada kebebasan dalam memilih apa yg mereka ingin belajar. Apabila berlaku perkara-perkara sebegini di IPG, memberikan pandangan (tentang apa yg saya minat utk dibincangkan) adalah menjadi satu kemalasan bagi saya kerana sudah tahu bagaimana ianya akan berakhir.

Tapi hari ini, kuliah adalah tentang 'constructivism'. Teori tentang 'self-direction' dan 'learners are autonomous'. Berbezakah dgn apa yg saya beritahu dahulu? Kalaulah ada dalam silibus kita ada penggunaan/sentuhan karya Paulo Freire iaitu "Pedagogy of the oppressed" , pasti anda semua akan lebih sedar.

Kawan-kawan, anda perlu sedar sistem pendidikan kita telah gagal. Bila anda jadi pendidik, perlunya anda cuba keluar dari sistem walaupun terpaksa. Perlu ada gerakan pencerahan kepada semua masyarakat. Bila anda jadi pendidik kelak, perlunya anda terima hakikat pelajar itu bukan hanya utk difasilitasi, tetapi anda juga adalah pelajar. Sebab itu saya percaya, pembelajaran bukan hanya 'teacher-centered' atau 'student-centered' tetapi 'learner-centered' yg merangkumi pelajar dan murid.

Sebagai bakal pendidik, perlunya ada harapan utk sistem pendidikan Malaysia yg lebih cerah. Tetapi perlu seiring juga dengan usaha-usaha anda. Anda perlu keluar dari kepompong yg anda rasa 'selesa'. Sistem pendidikan kita sepatutnya bukan yg membonsaikan minda rakyat, tetapi yg mencerahkan minda rakyat supaya jadi rakyat yg terus berfikir dan berfikir secara kritis.

Leave a Reply